Malaysia Oversight

Kerajaan Tidak Akan Hukum Ibu Bapa Benarkan Anak Bawah 16 Tahun Guna Media Sosial

By Amanz in November 25, 2025 – Reading time 1 minute
Kerajaan Tidak Akan Hukum Ibu Bapa Benarkan Anak Bawah 16 Tahun Guna Media Sosial


Tidak Akan Hukum Ibu Bapa Benarkan Anak Bawah 16 Tahun Guna Media Sosial

November 25, 2025
Sekuriti
Web 2.0

Effi Saharudin

Semalam Malaysia mengumumkan pengharaman pendaftaran akaun media sosial untuk individu bawah 16 tahun. Ini akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2026 menerusi pengesahan MyKad, pasport atau MyDigital ID. Alasan yang diberikan ialah memastikan keselamatan pengguna bawah umur di Malaysia.

Social Media Sosial Facebook Twitter

Sungguhpun begitu Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata tidak mempunyai perancangan untuk menghukum ibu bapa atau penjaga yang membenarkan anak bawah 16 tahun bawah jagaan mereka membuka akaun media sosial.

Beliau tuurt berkata ibu bapa serta penjaga masih bertanggungjawab untuk memantau penggunaan internet anak-anak mereka dan mendidik mereka tentang tabiat selamat semasa melayari internet.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link