Malaysia Oversight

Kerajaan Setuju Membangunkan Aplikasi Sehenti Untuk Platform Pengecasan Kenderaan Elektrik

By Amanz in November 13, 2025 – Reading time 2 minute
Kerajaan Setuju Membangunkan Aplikasi Sehenti Untuk Platform Pengecasan Kenderaan Elektrik


Setuju Membangunkan Aplikasi Sehenti Untuk Platform Pengecasan Kenderaan Elektrik

November 13, 2025
Automotif

Nazrin

Pembelian dan penggunaan kenderaan elektrik semakin meningkat di Malaysia, dengan angka terbaru dianggarkan sekitar 4345 buah kereta elektrik telah didaftarkan pada Oktober 2025, dan angka ini dijangka meningkat lagi, khususnya dengan kembalinya duti import untuk kenderaan-kenderaan EV bermula tahun hadapan.

Peningkatan ini dilihat selaras dengan mandat untuk membangunkan 10 ribu titik pengecasan kenderaan elektrik di Malaysia menjelang penghujung 2025. Jumlah syarikat/platform pengecasan juga dilihat telah bertambah dengan cukup banyak sekali, dengan kebanyakan daripada mereka hadir dengan aplikasi mereka sendiri.

Sewaktu Mesyuarat Majlis Tenaga Negara (MTN) Bilangan 2 Tahun 2025 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim, beliau telah mengesahkan bahawa kelulusan telah diberikan untuk membina Platform Perkhidmatan e-Mobiliti (e-Mobility Service Platform) yang akan menyepadukan dan menyelaras operasi stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara.

Pengecas EV

Ini bermakna bahawa kelak akan ada satu aplikasi yang boleh digunakan oleh para pemilik EV untuk membolehkan mereka mencari pengecas elektrik yang terdekat kepada mereka dengan lebih mudah tanpa perlu menukar aplikasi.

Ini juga boleh dilihat sebagai satu pengesahan kepada pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Perumahan dan Tempatan pada bulan Mac tahun ini untuk membangunkan sebuah aplikasi yang akan memetakan lokasi-lokasi pengecas EV di seluruh Malaysia.

Terdapat beberapa cabaran yang dapat dilihat untuk membangunkan aplikasi seperti ini, seperti integrasi diantara platform-platform pengecasan yang berlainan dan juga memastikan bahawa maklumat tentang keberadaan dan aktiviti titik-titik pengecasan ini adalah tepat ataupun tidak.

Beberapa syarikat pengecasan juga menawarkan kebolehan untuk menempah tempat pengecasan dan samada fungsi-fungsi sedemikian juga akan diperlihatkan pada aplikasi e-MSP ini tidak diketahui lagi.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link