Malaysia Oversight

Kerajaan Selangor Dan SKMM Menandatangani Perjanjian Untuk Mempercepatkan Agenda Pembangunan Bandar Pintar

By Amanz in January 21, 2026 – Reading time 1 minute
Kerajaan Selangor Dan SKMM Menandatangani Perjanjian Untuk Mempercepatkan Agenda Pembangunan Bandar Pintar


Dan SKMM Menandatangani Perjanjian Untuk Mempercepatkan Agenda Pembangunan Bandar Pintar

January 21, 2026
Telekomunikasi

Nazrin

baru-baru ini dilaporkan telah menandatangani satu perjanjian baru dengan badan komunikasi rangkaian kebangsaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mempercepatkan proses agenda pembangunan bandar pintar di negeri tersebut.

Dibawah perjanjian MoU (Memorandum of Understanding) ini, kedua-dua pihak ini akan membangunkan rangkaian sambungan internet WiFi dan juga 5G yang boleh dinikmati oleh orang ramai di negeri tersebut. Dalam pada itu, jaringan rangkaian gentian optik dan pemasangan “tiang pintar” akan terus diperluaskan di negeri tersebut untuk memudahkan pengenalan teknologi baru seperti lampu trafik pintar untuk penjejakan trafik yang lebih lancar dan juga mitigasi masalah banjir yang lebih cekap.

i city bandaraya Pintar

dan pihak SKMM juga telah bersetuju untuk meningkatkan pelaburan infrastruktur negeri dari RM350 juta kepada RM450 juta untuk mengimplimentasi teknologi-teknologi baru ini. Fasa pembangunan ini juga akan dipantau oleh Selangor Integrated & Intelligent Operations Centre (SIIOC).

Pembangunan konsep Bandar Pintar ini bukanlah sesuatu yang baru. Pada bulan Disember 2025 kami turut melaporkan bahawa kerajaan telah memulakan Projek Fiberisasi Cyberjaya yang merupakan sebahagian daripada projek rangkaian Selangor Dark Fiber Network untuk memudahkan banyak syarikat konglomerat dan pelbagai industri besar untuk mendapat akses kepada rangkaian internet yang pantas dan selamat.

Free Malaysia Today



Source link