Malaysia Oversight

Kerajaan Sarawak Akan Memperkenalkan Program Latihan AI Untuk Para Guru

By Amanz in July 2, 2025 – Reading time 2 minute
Kerajaan Sarawak Akan Memperkenalkan Program Latihan AI Untuk Para Guru


Lain-lain

Sarawak Akan Memperkenalkan Program Latihan AI Untuk Para Guru

July 2, 2025

Nazrin

Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Dr. Haji Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Haji Abang Openg (Abang Johari) baru-baru ini telah mengumumkan bahawa Sarawak akan memperkenalkan program latihan penggunaan teknologi kecerdasan buatan untuk para guru di negeri tersebut.

Beliau mengatakan bahawa pihak telah bersetuju untuk mendirikan program latihan ini kerana terdapat permintaan yang cukup banyak oleh guru-guru. Program-program yang akan diperkenalkan akan direka khusus untuk membantu guru-guru ini menjadi lebih cekap dalam pekerjaan mereka.

Butiran tentang program latihan AI ini belum diperlihatkan lagi, tetapi pengetahuan menggunakan teknologi AI akan membantu guru-guru untuk menerapkan teknologi tersebut didalam silibus pendidikan mereka, dan mengajar murid-murid tentang bagaimana untuk menggunakan teknologi AI dengan betul dan berhemah.

PDPR Budak Sekolah

Abang Johari mengatakan bahawa teknologi AI akan dimanfaatkan dalam pelbagai sektor industri Sarawak di masa akan datang, termasuklah agrikultur, pengilangan dan sosial, dan ini adalah salah satu langkah terbaik untuk kanak-kanak mempelajari etika terbaik untuk menggunakan teknologi tersebut.

Memberikan contoh sebilah pisau, cara menggunakan pisau yang baik adalah sebagai sebuah alat di dapur untuk memotong bahan makanan, tetapi alat ini boleh mendatangkan mudarat juga jika digunakan untuk tujuan yang salah.

Program-program latihan guru sebegini sudahpun dimulakan. Pada minggu lepas, 80 guru sekolah rendah dan sekolah menengah telah menghadiri program latihan pengaturcaraan dan penggunaan AI di Curtin University Malaysia di Miri, Sarawak yang dianjurkan oleh badan pelajar IEEE Curtin University Malaysia dan pertubuhan bukan untung Chumbaka Miri.

Program tersebut, yang dijalankan selama empat hari kira-kira dua minggu lepas telah mendedahkan guru-guru ini kepada teknologi AI yang boleh digunakan untuk manfaat mengajar didalam kelas, dan juga sebagai pengetahuan baru untuk murid-murid di sekolah.

Harapannya ialah dengan program-program sebegini, kedua-dua pihak guru dan murid boleh memanfaatkan teknologi baru ini untuk mengembangkan lagi pengetahuan am dan teknologi, dan pelbagai cara pembelajaran baru dapat diperlihatkan untuk manfaat semua.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link