Kerajaan India Batalkan Arahan Mewajibkan Pemasangan Aplikasi Pemantauan Pada Setiap Peranti
Effi Saharudin
Kini di zaman edan di mana susur masa dipenuhi sampai AI, berita palsu dan penipuan atas talian berlaku setiap hari mengakibatkan kerugian jutaan Ringgit. Penyelesaian kepada isu ini menurut pandangan kerajaan India ialah mewajibkan pemasangan aplikasi pemantauan pada semua telefon pintar yang dijual di negara tersebut. Arahan mereka ini menerima kritikan rakyat Indian sendiri dan Apple menegaskan tidak akan melakukan pemasangan aplikasi ini pada iPhone yang dijual.

Hanya selepas dikecam selama sehari di seluruh dunia, kerajaan India kini mengubah pendirian. Jabatan Telekomunikasi (DoT) India kini mengatakan pemasangan aplikasi Sanchar Saathi (Rakan Komunikasi) tidak lagi diwajibkan dalam tempoh 120 hari selepas arahan diberikan.
Pemasangan kini adalah secara sukarela dengan pengguna boleh membuang atau mematikannya jika tidak digunakan. Ini berbeza dengan sebelum ini ia wajib terpasang dan tidak boleh dinyahpasang oleh pemilik peranti.
Aplikasi ini dilancarkan pada tahun 2023 sebagai inisiatif Kementerian Komunikasi membanteras masalah penipuan atas talian, penjualan peranti haram dan mengelakkan peranti dicuri. Apabila pemasangan diwajibkan, wujud kegelisahan ia boleh digunakan oleh kerajaan untuk memantau atau menjejak aktiviti pengguna.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






