Malaysia Oversight

Kementerian Kewangan Mengemaskini Had Subsidi BUDI95 Untuk Pemandu Perkhidmatan Seru Pandu

By Amanz in December 19, 2025 – Reading time 2 minute
Kementerian Kewangan Mengemaskini Had Subsidi BUDI95 Untuk Pemandu Perkhidmatan Seru Pandu


Apabila program subsidi petrol BUDI95 diperkenalkan pada bulan Oktober 2025, Kementerian Kewangan telah memberi subsidi tambahan sebanyak 600 liter kepada pemandu-pemandu perkhidmatan seru pandu di Malaysia.

Pada bulan lepas, pihak Kementerian Kewangan telah mengumumkan pemberian subsidi bertingkat untuk para pemandu syarikat perkhidmatan seru-pandu, untuk mereka yang memandu kurang dari 2000KM sebulan (300 liter), untuk mereka yang memandu lebih dari 2000KM (600 liter) sebulan dan untuk mereka yang memandu lebih dari 5000KM (800 liter) sebulan.

Terkini, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengatakan bahawa jarak yang dirakam melalui aplikasi syarikat seru-pandu akan menentukan subsidi yang akan diterima pada bulan seterusnya. Sekiranya jumlah perjalanan yang dirakam adalah kurang dari 2000KM, ia akan dikurangkan ke jumlah subsidi asal 300 liter, manakala jika perjalanan anda adalah dari 2000KM ke 5000KM, ia akan dinaikkan ke 600 liter sebulan, dan jika ia melepasi 5000KM sebulan, ia akan dinaikkan ke 800 liter untuk bulan akan datang.

Budi Madani RON95 BUDI95 1

Data pemanduan yang dihantar oleh syarikat seru-pandu akan disahkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk kedua-dua pemandu di Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak.

Untuk pemandu teksi dari lapangan terbang pula, syarikat-syarikat pengendali teksi boleh memohon untuk mendapatkan fleet card daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup melalui laman MySubsidi untuk mendapatkan subsidi sebanyak petrol RON95 sebanyak 800 liter sebulan. Fleet card ini hanya boleh dipohon oleh syarikat pengendali teksi yang telah berdaftar dengan APAD sahaja.

Pemberian subsidi BUDI95 oleh pihak Kementerian Kewangan akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan akan diumumkan kepada orang ramai.

Kementerian Kewangan



Source link