Malaysia Oversight

Kemaskini Windows 11 24H2 Kini Dimuat-turun Secara Automatik Pada Komputer Pengguna

By Amanz in May 6, 2025 – Reading time 1 minute
Kemaskini Windows 11 24H2 Kini Dimuat-turun Secara Automatik Pada Komputer Pengguna


Lain-lain

Kemaskini Windows 11 24H2 Kini Dimuat-turun Secara Automatik Pada Komputer Pengguna

May 6, 2025

Nazrin

Microsoft telah memperkenalkan kemaskini terbaru kepada sistem operasi Windows 11 mereka, iaitu kemaskini 24H2 yang memperkenalkan sejumlah penaiktarafan baru dari segi antaramuka dan ciri-ciri.

Daripada penghujung tahun lepas sehingga kini, kemaskini Windows 11 24H2 boleh dimuat-turun secara manual, dan pengguna Windows 11 mempunyai pilihan untuk tidak memasang kemaskini ini pada komputer mereka.

Windows 11

Tetapi bermula awal bulan ini, Microsoft telah mengumumkan bahawa kemaskini ini akan mula dimuat-turun secara automatik kepada semua komputer yang menggerakkan sistem operasi Windows 10 dan Windows 11 samada pengguna mahukannya ataupun tidak.

Screenshot 2025 05 06 173009

Untuk mereka yang masih menggunakan sistem operasi Windows 10, ia bermakna bahawa pengguna akan dipaksa menggunakan Windows 11, dan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, khususnya kerana sistem operasi Windows 10 akan ditamatkan sokongan pada penghujung tahun ini.

Malah, komputer riba saya yang masih menggunakan versi Windows 11 23H2 sehingga kini sudahpun hadir dengan kemaskini dimuat-turun untuk saya tanpa saya melakukan apa-apa. Anda juga boleh memilih untuk menunda pemasangan kemaskini ini, tetapi ia akan perlu dilakukan secara manual.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link