Malaysia Oversight

Kemaskini iOS 26.1, iPadOS 26.1 dan macOS Tahoe 26.1 Dilancarkan Dengan Kawalan Ketelusan Liquid Glass

By Amanz in November 4, 2025 – Reading time 1 minute
iOS 26.1 Memberikan Pilihan Untuk Mengubah Tahap Telus Cahaya Liquid Glass


Kemaskini iOS 26.1, iPadOS 26.1 dan macOS Tahoe 26.1 Dilancarkan Dengan Kawalan Ketelusan Liquid Glass

November 4, 2025

Effi Saharudin

Kemas kini iOS 26.1, iPadOS 261. dan macOS Tahoe 26.1 boleh dimuat turun pagi ini dengan ia membawakan pelbagai ciri baharu dan juga tampalan sekuriti untuk peranti. Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, aplikasi versi 26.1 membawakan ciri kawalan tahap ketelusan cahaya Liquid Glass.

iOS 26.1 Clear Tinted Liquid Glass

Dua pilihan diberikan dengan Clear dengan tahap tembus cahaya tinggi dan satu lagi pula ialah Tinted yang menjadikan latar lebih gelap. Antara isu dengan Liquid Glass ialah antaramuka seakan kaca membuatkan sesetengah elemen sukar dilihat seperti notifkasi pada skrin kunci misalnya.

Cir-ciri lain yang diberikan ialah Live Translation with AirPods kini menyokong Bahasa Cina, Jepun, Korea dan Itali. Music MiniPlayer menyokong tatalan untuk mendengar muzik seterusnya, audio Facetime ditambah baik dalam situasi rangkaian kurang memuaskan dan banyak lagi. Kemas kini boleh dilakukan secara OTA dengan iOS 26.1 adalah bersaiz 8.39 GB.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link