Malaysia Oversight

Keluar Sekejap Perkenal Aplikasi Pembelajaran Bahasa Inggeris Secara Lisan – Kelas Sekejap

By Amanz in January 26, 2026 – Reading time 1 minute
Keluar Sekejap Perkenal Aplikasi Pembelajaran Bahasa Inggeris Secara Lisan – Kelas Sekejap


Keluar Sekejap Perkenal Aplikasi Pembelajaran Bahasa Inggeris Secara Lisan – Kelas Sekejap

January 26, 2026
Aplikasi

Aman

Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan sedia dikenali ramai melalui penawaran kandungan podsiar dibawah saluran Keluar Sekejap, dan beberapa saluran lain dibawah syarikat sama. Kini, selain kandungan berbentuk podsiar, Keluar Sekejap turut memperkenalkan sebuah aplikasi memfokuskan pembelajaran dibawah mereka, dinamakan Kelas Sekejap.

KelasSekejap

Kelas Sekejap memfokuskan kepada pembelajaran bahasa Inggeris dalam bentuk lisan atau secara bertutur. Pengguna disediakan dengan pelbagai perkataan dan ayat untuk pertuturan harian, dimana anda akan didengarkan dengan sesuatu perkataan atau ayat, dan akan minta anda ulang kembali perkataan atau ayat tersebut. Kelas Sekejap turut dikuasakan dengan integrasi kecerdasan buatan dalam mengenal pasti ketepatan ucapan atau bacaan kembali.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma buat masa ini, dan boleh memilih tahap anda untuk proses pembelajaran berkenaan. Kelas Sekejap turut menggunakan suara Khairy dan Shahril untuk bacakan teks.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Kelas Sekejap di Google Play Store atau Apple App Store hari ini.



Source link