Kedai Mercu Pertama Oppo Akan Dibuka Di IOI City Mall Putrajaya
Amy Maizuraa
Bagi anda yang merancang ke IOI City Mall, Putrajaya pada hujung minggu ini, jangan lepaskan peluang singgah ke kedai mercu pertama OPPO Malaysia yang akan dibuka pada 10 Januari 2026. Pembukaan ini sekali gus menandakan pencapaian penting bagi jenama tersebut dalam usaha menawarkan pengalaman perkhidmatan terbaik kepada pengguna setia.

Kedai ini bukanlah sekadar ruang jualan malah membolehkan pengunjung meneroka inovasi terkini OPPO melalui pelbagai zon menarik. Antara tarikan yang ditawarkan termasuk ‘Trendy Phone Cases Zone’ untuk aksesori bergaya, ‘Membership Wall’ bagi ahli Oppo menebus ganjaran eksklusif serta sebuah kafe. Pada masa sama, reka bentuknya turut diinspirasikan daripada budaya tempatan dengan elemen batik tradisional sebagai teras utama sekali gus mencerminkan kepelbagaian budaya moden Malaysia.




Sempena pembukaan rasmi, Oppo akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik termasuk pemberian kopi percuma serta ganjaran eksklusif untuk pengunjung yang melengkapkan pengalaman daftar masuk di kedai.

Dari 10 hingga 11 Januari 2026, pengunjung berpeluang menikmati promosi istimewa seperti koleksi siri Oppo Reno15 dengan hadiah eksklusif ‘Superstar Ollie’, tawaran hadiah percuma dengan perbelanjaan sebanyak RM3,999 serta pembelian peranti baharu Reno15 bersama Oppo Watch S pada harga RM99.

Selain daripada itu, terdapat juga jualan kilat bagi peranti dan aksesori terpilih termasuk Oppo A5 Pro (8GB+256GB) pada harga serendah RM499 dan Oppo Reno13F 5G (12GB+512GB) pada harga RM999.





