Malaysia Oversight

Kedai Fizikal Dan Pusat Servis Terbesar Honor Dibuka Di Johor Bahru

By Amanz in July 25, 2025 – Reading time 2 minute
Kedai Fizikal Dan Pusat Servis Terbesar Honor Dibuka Di Johor Bahru


Honor

Kedai Fizikal Dan Pusat Servis Terbesar Honor Dibuka Di Johor Bahru

July 25, 2025

Amy Maizuraa

Honor mengukuhkan kehadiran di pasaran tempatan melalui pelancaran kedai dan pusat servis baharu di The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru. Berkeluasan 2,000 kaki persegi, ia merupakan kedai terbesar Honor di luar yang turut memperlihatkan komitmen jenama tersebut terhadap pasaran Malaysia.

Kedai ini berfungsi sebagai hab perkhidmatan menyeluruh yang merangkum penjualan produk Honor terkini, khidmat selepas jualan dan sokongan teknikal serta ruang pengalaman menarik untuk mencuba peranti sebelum membeli.

HONOR Experience Store and Service Centre in Mid Valley Southkey JB

Ruangan khas menarik turut disediakan untuk pengunjung mencuba sendiri ekosistem Honor daripada peranti pintar hinggalah aksesori dan penyelesaian rumah pintar. Sorotan utama tertumpu kepada Magic V5 yang turut dikatakan telefon boleh lipat paling nipis di pasaran. Ruangan demonstrasi memperlihatkan kekuatan fizikal peranti dengan ujian ketahanan melampau termasuk menampung berat dumbbell 35kg yang diikat secara terus pada Magic V5.

HONOR Magic V5 Breaks Record

Honor turut berkongsi bahawa model tersebut mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 60%, yang juga rekod tertinggi dalam sejarah telefon boleh lipat Honor setakat ini. Prestasi ini mengukuhkan kedudukan Magic V5 sebagai pelapor dalam segmen peranti boleh lipat ternipis. Mulai hari ini, Magic V5 tersedia secara rasmi di seluruh Malaysia pada harga RM6999. Ia didatangkan dengan memori 16GB RAM dan storan 512GB, bersama empat warna iaitu Dawn Gold, Ivory White, Silk Brown dan Black.

HONOR Magic V5 starts first sale on 25 July social media

Bagi meraikan pembukaan kedai dan pusat servis ini, pelanggan berpeluang menikmati ganjaran eksklusif. Antaranya, 200 pelanggan terawal yang menyukai dan berkongsi Facebook rasmi HONOR Malaysia, serta meninggalkan ulasan Google untuk lokasi baharu ini berpeluang memenangi sebuah robot pembersih. Selain itu, pelanggan yang membuat pembelian melebihi RM1,000 dalam satu resit sehingga 27 Julai pula akan layak menyertai cabutan bertuah bernilai hingga RM40,000.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link