Malaysia Oversight

Kamera Aksi Akaso EK7000 Kini Di Malaysia Pada Harga RM299

By Amanz in December 11, 2025 – Reading time 1 minute
Kamera Aksi Akaso EK7000 Kini Di Malaysia Pada Harga RM299


Kamera Aksi Akaso EK7000 Kini Di Malaysia Pada Harga RM299

December 11, 2025
Fotografi

Amy Maizuraa

Akaso EK7000 dilancarkan secara rasmi di Malaysia sebagai kamera aksi kompak yang mudah dibawa ke mana sahaja. Ia menawarkan rakaman video 4K30FPS dan imej pegun 20MP dengan sokongan EIS, manakala lensa sudut lebar membolehkan rakaman landskap dihasilkan dengan kesan sinematik.

EK7000 Lifestyle 66

Selain itu, pilihan rakaman merangkumi time-lapse, loop recording serta burst, sementara kamera ini boleh digunakan sehingga 131 kaki (40 meter) di bawah air dengan kerangka khas. Di samping itu, sokongan mikrofon tambahan menjadikannya sesuai untuk pengguna yang mahukan audio lebih jelas.

EK7000 Lifestyle 2 edited scaled

Ia dibekalkan bateri 1050mAh yang mampu merakam sehingga 90 minit dalam 4K. Format MOV dan JPG pula memudahkan suntingan dalam pelbagai format. Pakej pembelian turut disertakan aksesori lengkap seperti mount, klip, tali, pemegang untuk basikal serta kerangka kalis air. Harga rasmi di Malaysia ialah RM299.



Source link