Malaysia Oversight

Jurutera Yang Membangunkan GPU Adreno dan Radeon Menyertai Intel

By Amanz in January 20, 2026 – Reading time 1 minute
Jurutera Yang Membangunkan GPU Adreno dan Radeon Menyertai Intel


Jurutera Yang Membangunkan GPU Adreno dan Radeon Menyertai Intel

January 20, 2026
Intel

Effi Saharudin

Setahun lalu keranda Intel telah mula diusung dan ramai sudah bercucuran air mata. Kegagalan Intel memberikan persaingan dalam melancarkan GPU berkuasa berbanding AMD dan NVIDIA menyebabkan CEO Pat Gelsinger dipaksa meletakkan jawapan sebelum digantikan oleh Lip Bu Tan. Minggu ini, Eric Demers bekas kakitangan Qualcomm mengesahkan beliau telah menyertai Intel sebagai timbalan presiden kanan bagi mengetuai pasukan senibina GPU dengan fokus diberikan kepada kecerdasan buatan (AI).

Eric Demers
Eric Demers

Nama Demers mungkin tidak dikenali ramai seperti Gates, Jobs dan Huang tetapi semasa di ATI beliau terlibat dengan pembangunan GPU R300 dan R600 yang melahirkan kad grafik legenda siri the Radeon 9700 serta 9500. Selepas ATI diambil alih oleh AMD, Demers berpindah ke Qualcomm pada tahun 2012 dengan beliau terlibat pula dengan pembangunan GPU Adreno yang pada waktu ini ialah GPU paling berkuasa untuk telefon pintar. Status beliau sebagai jurutera yang berpengalaman dikukuhkan lagi dengan penglibatan beliau di Silicon Graphics dan Matrox.

Kepakaran beliau dalam membangunkan GPU berkuasa tetapi tidak menggunakan kuasa tinggi amat diperlukan Intel khususnya bagi memberikan persaingan kepada AMD. Siri Panther Lake yang baru dilancarkan di CES menunjukkan Intel di jalan yang betul untuk kembali semula ke zaman kegemilangan.



Source link