Malaysia Oversight

Jumlah Aplikasi Di Google Play Store Susut 47% Berbanding 2024

By Amanz in April 30, 2025 – Reading time 1 minute
Jumlah Aplikasi Di Google Play Store Susut 47% Berbanding 2024


Google

Jumlah Aplikasi Di Google Play Store Susut 47% Berbanding 2024

April 30, 2025

Effi Saharudin

Di awal 2024, Google Play Store menawarkan 3.4 juta aplikasi kepada pengguna. Tetapi menurut data daripada AppFigures minggu ini, Play Store kini hanya menawarkan 1.8 juta aplikasi yang bersamaan pengurangan 47%. Ini bukan disebabkan oleh pembangun menghentikan pembangunan tetapi kerana Google telah mengetatkan garis panduan kualiti minima aplikasi sebelum boleh diterbitkan.

Logo Play Store 3 Generasi 02

Walau bagaimanapun jumlah aplikasi Google Play Store masih di hadapan App Store yang menawarkan lebih 1.64 juta aplikasi menurut angka terkini. Jumlah aplikasi bukan segalanya kerana antara isu di Android ialah terlalu banyak aplikasi sampah, tidak berguna dan lebih serius lagi ialah aplikasi hasad yang mencuri data pengguna tanpa disedari.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link