Malaysia Oversight

JBL Memperkenalkan Lima Aksesori Bar Audio Ke Pasaran Malaysia – Harga Bermula RM2499

By Amanz in December 1, 2025 – Reading time 2 minute
JBL Memperkenalkan Lima Aksesori Bar Audio Ke Pasaran Malaysia – Harga Bermula RM2499


Jika anda sedang mencari aksesori bar audio untuk dipadankan bersama-sama televisyen pintar gergasi anda, jenama audio JBL baru-baru ini telah mula menawarkan lima aksesori audio baru untuk ruang tamu anda.

batch LS JBL Soundbar Bar 1300MK2 LifestyleStill EU APAC Black 18734

Ia terdiri dari JBL Bar 300MK2, JBL Bar 500MK2, JBL Bar 800MK2, JBL Bar 1000MK2 dan JBL Bar 1300MK2. Kesemua pembesar suara ini hadir dengan teknologi MultiBeam 3.0 yang membolehkan mereka menghasilkan lontaran audio yang bukan sahaja lantang, tetapi seperti anda sedang mendengar audio daripada pembesar suara sekeliling.

batch LS JBL Soundbar Bar 1000MK2 LifestyleStill Black Detaching Without Plant 3

Teknologi PureVoice 2.0 pula membantu dalam meningkatkan lagi kualiti audio percakapan dan perbualan, meningkatkan kepuasan menonton siri televisyen dan filem dengan lebih baik.

batch LS JBL Soundbar Bar 500MK2 LifestyleStill APAC White Sub

Dari segi sambungan ke peranti dan perisian pula, kesemua pembesar suara ini hadir dengan sokongan untuk Wi-Fi, Bluetooth, AirPlay 2, Google Cast, Roon Ready, Amazon Music HD, Spotify Connect dan Tidal Connect.

JBL Bar 800MK2 ke JBL Bar 1300MK2 juga hadir dengan dua satelit nirwayar tambahan, dengan model JBL Bar 1300MK2 hadir dengan sokongan sambungan Bluetooth.

batch LS JBL Soundbar Bar 300MK2 LifestyleStill APAC White Dolby

JBL Bar 500MK2 ke JBL Bar 100MK2 hadir dengan komponen subwoofer 10 inci terbina, manakala JBL Bar 1300MK2 dilengkapi dua subwoofer 8 inci dengan fungsi AI Sound Boost terbina.

batch LS JBL Soundbar Bar 1300MK2 1300XMK2 LifestyleStill No Talent Black Close 18

Khas untuk JBL Bar 1300MK2, ia juga menyokong JBL One Commander, iaitu alat yang membantu menyambung semua komponen audio JBL ke televisyen anda secara nirwayar dengan cepat dan mudah.

batch LS JBL Soundbar Bar 1300MK2 ProductStill EU APAC Black A 2 Detachables off

JBL mengatakan bahawa empat daripada lima produk audio ini sudahpun mula ditawarkan di pasaran Malaysia, dengan JBL Bar 1300MK2 akan tiba pada bulan Januari 2026 kelak.

  • JBL Bar 300MK2 – RM2499
  • JBL Bar 500MK2 – RM2999
  • JBL Bar 800MK2 – RM4499
  • JBL Bar 1000MK2 – RM5999
  • JBL Bar 1300MK2 – RM8999



Source link