IQOO Z10R Dilancarkan – Cip Dimensity 7400 Dan Bateri 5700mAh
July 24, 2025
•
Amy Maizuraa
IQOO Z10R dilancarkan secara rasmi di India sebagai sebuah peranti kelas pertengahan. Ia hadir dengan skrin AMOLED 6.77 inci beresolusi FHD+ yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Peranti dijana oleh cip MediaTek Dimensity 7400 yang digabungkan dengan memori 12GB RAM dan storan sehingga 512GB.

Dari segi perisian, ia menjalankan sistem operasi FuntouchOS 15 (Android 15) dengan jaminan kemas kini selama dua tahun untuk Android dan tiga tahun untuk keselamatan. IQOO Z10R turut dilengkapi dengan pelbagai ciri berasaskan AI yang memudahkan penggunaan harian termasuk AI Screen Translation, AI Transcript Assist, Circle to Search, AI Photo Enhance, dan AI Note Assist.

Peranti menawarkan kamera utama gabungan 50MP Sony IMX882 bersama 2MP serta kamera swafoto beresolusi 32MP. Kedua-dua kamera menyokong rakaman video dengan resolusi maksimum sehingga 4K. IQOO Z10R mempunyai bateri besar 5700mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W. Ciri tambahan lain termasuk sistem audio stereo dan kalis air IP68/69.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.