IQOO Neo 10 Kini Rasmi – Cip Snapdragon 8s Gen 4 Dan Bateri 7000mAh
May 26, 2025
•
Amy Maizuraa
IQOO telah melancarkan model baharu Neo 10

Telefon ini dikuasai oleh cip Snapdragon 8s Gen 4 bersama memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X serta storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.1. Turut hadir ialah cip grafik Q1 yang menyokong resolusi 1.5K 144FPS, serta teknologi penyejukan 7K Ice Dome VC untuk pengurusan haba yang lebih baik.
Dari segi fotografi, ia dilengkapi dengan kamera utama 50MP menggunakan sensor Sony LYT-600 serta kamera ultra lebar 8MP. Selain itu, peranti ini mempunyai penarafan ketahanan IP65 yang menjadikannya tahan habuk dan percikan air. Ia turut dibekalkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W.

Neo 10 menjalankan sistem operasi Android 15 dengan antaramuka Funtouch OS 15, serta IQOO memberi jaminan tiga kemas kini sistem operasi dan empat tahun kemas kini keselamatan.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.