iQOO 15 Ultra Dijangka Hadir Dengan Kipas Penyejukan Terbina, Butang Pintasan Bahu
Nazrin
iQoo, jenama subsidiari gaming Vivo dilaporkan akan melancarkan kemaskini kepada peranti pintar gaming mereka, iaitu iQOO 15 Ultra pada suku pertama tahun hadapan dengan kemaskini menarik pada peranti iQoo 15 yang asal.
Menurut Digital Chat Station, iQOO 15 Ultra memperlihatkan spesifikasi yang menyerupai iQOO 15 sedia ada, lengkap dengan penggunaan cip Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5, 16GB memori LPDDR5X dan storan 512GB.

Perbezaan utama diperlihatkan melalui penambahan kipas penyejuk untuk komponen CPU yang terbina, dimana iQOO menjanjikan bahawa prestasinya adalah jauh lebih baik, mengatakan ia mungkin menghampiri dua cip pemprosesan yang belum lagi dilancarkan, iaitu Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 6 dan MediaTek Dimensity 9600.
Satu lagi ciri tambahan baru ialah butang pintasan bahu yang sebelum ini diperlihatkan pada peranti-peranti pintar seperti ASUS ROG Phone dan BlackShark. Ciri ini memberi kelebihan pada permua-permua tertentu yang memudahkan pengguna untuk melakukan pelbagai input dalam permainan secara sekaligus dengan lebih selesa.

Digital Chat Station mengatakan lagi bahawa peranti iQOO 15 Ultra ini akan dilancarkan sebelum Tahun Baru Cina 2026, jadi maklumat lanjut mengenainya dijangka akan diperlihatkan tidak lama lagi.
Baru-baru ini juga, kami telah mengulas peranti iQOO 15, diantara peranti pintar pertama di pasaran Malaysia yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5.






