Malaysia Oversight

iPhone Air Hanya Dilengkapi Speaker Mono

By Amanz in September 10, 2025 – Reading time 1 minute
iPhone Air Hanya Dilengkapi Speaker Mono


Air Hanya Dilengkapi Speaker Mono

September 10, 2025

Effi Saharudin

Bukan sahaja iPhoe Air hanya dilengkapi USB-2 yang lebih perlahan, nampaknya ia juga memegang status sebagai satu-satunya peranti mercu yang dilengkapi speaker mono. Apabila laman spesifikasi Air diakses, dapat dilihat ia tidak mempunyai speaker di bahagian bawah. Hanya satu speaker diletakkan di bahagian atas berhampiran dengan lubang kamera swafoto.

Apple iPhone Air Speaker Mono

Sokongan audio mono ini juga disahkan pada laman yang sama kerana audio spatial hanya boleh dinikmati sekiranya Air dipadankan dengan sepasang AirPods. Selain itu harus dinyatakan iPhone Air di pasaran Malaysia juga hanya menyokong dua eSIM dengan ia tidak mempunyai ruang untuk talam SIM fizikal seperti iPhone 17 Pro dan iPhone 17.

iPhone Air nampaknya dipasarkan kepada mereka yang mencari peranti mercu paling minimalis. Kamera hanya satu, bateri paling minimum, USB perlahan, tiada talam SIM dan speaker mono. Ini mungkin langkah terbaik kerana selepas mengulas Galaxy Z Fold7 dan Magic V5, peranti tubuh nipis menghasilkan audio yang tidak memuaskan kerana kekangan ruang untuk kebuk audio.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link