Intel Core Ultra 9 290HX Plus Dilihat Jauh Melangkaui Cip Pemprosesan Generasi Sebelumnya
Nazrin
Baru-baru ini kami telah memperlihatkan sedikit butiran dan skor penanda-aras cip pemprosesan Arrow Lake Refresh terbaru dan paling berkuasa oleh Intel, iaitu Intel Core Ultra 9 290HX Plus melalui penanda-aras GeekBench yang tidak diuji sepenuhnya.
Tetapi melaluinya, kita tahu bahawa cip pemprosesan ini akan hadir dengan penawaran teras fizikal yang sama seperti model sebelumnya, iaitu Intel Core Ultra 285HX, iaitu sebanyak 24 teras fizikal dan bebenang kuasa.

Terkini, prestasi cip pemprosesan tersebut telah sedikit sebanyak diperlihatkan melalui penanda-aras PassMark yang memberikannya skor CPU Mark setinggi 66203 yang merupakan hampir 13 peratus lebih tinggi daripada Intel Core Ultra 285HX yang memperlihatkan skor 57752.
Ini memperlihatkan bahawa walaupun siri cip pemprosesan Intel Core Ultra Series 3 “Panther Lake” merupakan fokus utama Intel di acara CES 2029, kemaskini Arrow Lake Refresh juga boleh dilihat satu lagi cabang siri cip pemprosesan Intel yang berkuasa untuk pengguna sebelum siri cip pemprosesan generasi seterusnya, Intel Core Ultra “Nova Lake” diperlihatkan pada penghujung tahun ini.
Siri cip Intel Core Ultra Series 3 dijangka akan dilancarkan pada penghujung bulan ini, manakala siri cip pemprosesan Intel Core Ultra Series 2 “Arrow Lake Refresh” akan tiba sekitar bulan Mac ataupun April ini.





