Insurans Pelindungan Kesilapan Dilakukan Chatbot AI Kini Ditawarkan
May 11, 2025
•
Effi Saharudin
Selamat datang ke 2025 di mana setiap syarikat berlumba-lumba menawarkan perkhidmatan dengan kecerdasan buatan (AI) sebelum melakukan ujian sepenuhnya. Akibatnya sudah wujud beberapa kes pelanggan diberikan tiket percuma dan ada pula diberikan maklumat yang salah menyebabkan syarikat di saman. Firma insurans terkemuka Lloyd’s of London kini menawarkan pelindungan sekiranya chatbot dengan AI melakukan kesilapan.

Pelindungan akan menampung kos tuntutan mahkamah terhadap syarikat jika ia disaman oleh pelanggan atau pihak ketiga lain yang mengalami kerugian kerana AI yang berprestasi lebih daripada sepatutnya. Selain menampung bayaran pampasan kerugian, insurans ini juga akan menampung kos guaman.
Penggunaan AI sepatutnya mengurangkan kos kerana manusia digantikan bot yang bekerja tanpa henti. Tetapi dengan ia masih lagi belum sempurna, kesilapan akan terus selagi kecerdasan am buatan (AGI) belum menjadi realiti.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.