Malaysia Oversight

Instagram Memperkenalkan Aplikasi Yang Dioptimasikan Untuk iPad

By Amanz in September 4, 2025 – Reading time 1 minute
Instagram Memperkenalkan Aplikasi Yang Dioptimasikan Untuk iPad


Instagram Memperkenalkan Aplikasi Yang Dioptimasikan Untuk iPad

September 4, 2025
Aplikasi
Meta

Aman

Selepas 15 tahun sejak Instagram diperkenalkan, kini akhirnya Meta memilih untuk memperkenalkan penawaran platform sosial memfokuskan perkongsian gambar dan video tersebut untuk paparan skrin tablet , iaitu iPad. Bermula hari ini, pengguna iPad boleh memuat-turun Instagram untuk iPad.

Instagram iPad

Pada skrin iPad, apabila pengguna membuka Instagram, ia akan membawa pengguna terus ke perkongsian Reels terlebih dahulu. Dengan langkah ini, Instagram memfokuskan kepada perkongsian kandungan ria dan hiburan melaluinya terlebih dahulu berbanding dengan perkongsian kandungan daripada rakan dan keluarga.

Instagram untuk iPad boleh digunakan pada iPad yang menjalankan iPadOS 15.1 dan terkini. Pihak Meta turut menjanjikan yang mana versi tablet untuk platform Android turut akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link