Malaysia Oversight

Instagram Memperkenalkan Aplikasi Instagram TV – Tonton Reels Pada Skrin Televisyen

By Amanz in December 17, 2025 – Reading time 1 minute
Instagram Memperkenalkan Aplikasi Instagram TV – Tonton Reels Pada Skrin Televisyen


Instagram Memperkenalkan Aplikasi Instagram TV – Tonton Reels Pada Skrin Televisyen

December 17, 2025
Meta

Aman

Instagram hari ini secara rasminya mengumumkan mereka telah memulakan ujian untuk Instagram TV, sekaligus membolehkan para pengguna untuk menonton pelbagai kandungan Reels yang diterbitkan pada platform tersebut dengan mudah pada kaca televisyen. Ini sekaligus membolehkan platform tersebut turut dinikmati di ruang tamu, dan tidak terhad pada peranti mudah-alih sahaja.

Buat masa ini, Meta hanya menawarkan aplikasi Instagram TV untuk pengguna Amazon Fire TV, terhad bagi pasaran Amerika Syarikat sahaja. Ia dijangka diperluaskan secara berperingkat ke peranti dan negara lain.

Instagram TV

Pengguna turut boleh menguruskan multi-akaun pada aplikasi Instagram TV, dan menonton kandungan yang diminati mengikut tema, mahupun daripada penerbit yang diikuti dengan mudah.

Instagram TV Carian

Dengan pengenalan ini juga, ia secara tidak langsung memperlihatkan fokus Meta terhadap arena video, dan langkah mereka dalam mendapatkan pasaran ruang tamu, selain menjadi platform yang digunakan harian oleh pengguna seluruh dunia.



Source link