Malaysia Oversight

Instagram Kini Menguji Paparan Iklan Yang Tidak Boleh Dilangkau

By Amanz in July 22, 2025 – Reading time 1 minute
Instagram Kini Menguji Paparan Iklan Yang Tidak Boleh Dilangkau


Web 2.0

Instagram Kini Menguji Paparan Iklan Yang Tidak Boleh Dilangkau

July 22, 2025

Aman

Instagram kini dilihat sedang menguji ciri pengiklanan yang tidak boleh dilangkau pada bahagian Stories, dimana seseorang pengguna perlu melihat iklan berkenaan untuk beberapa hari sebelum boleh melihat kandungan seterusnya.

Instagram Iklan
Iklan pada Instagram (gambar TheVerge)

Dengan langkah ini, Instagram mungkin boleh menjual pengiklanan pada kadar lebih tinggi – tetapi pada masa yang sama mungkin membuatkan seseorang pengguna kurang mengemarinya. Memandangkan ketiadaan alternatif lain, maka pihak Instagram boleh bereksperimen dengan ciri pengiklanan ini pada platform mereka.

Selain Instagram, pihak YouTube juga sedia menguji ciri pengiklanan yang tidak boleh dilangkaui ini. Tetapi, memandangkan kadar pengguna menghabiskan masa di YouTube adalah untuk menontong kandungan berdurasi panjang – berbeza dengan Instagram, maka tidak diketahui sama ada pelaksanaan ini akan memberikan impak positif atau negatif kepada pengguna Instagram.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link