Instagram Bereksperimen Dengan Paparan Angka “Kawan” Ganti Angka Akaun Diikuti Di Profil
Aman
Instagram pada hari ini sedia memaparkan angka pengikut yang anda ikuti dan pengikut anda pada halaman profil. Menariknya, disamping paparan berkenaan, Instagram turut dilaporkan sedang menguji paparan kiraan baharu pada profil, dinamakan “Kawan”.

Dibawah “Kawan”, Instagram mendefinasikannya sebagai kiraan angka pengguna yang saling mengikuti antara satu sama lain. Perubahan ini mungkin secara tidak langsung akan memberikan impak kepada pengguna, dan mungkin ada yang akan lebih mengoptimasikan akaun yang mereka ikuti selepas ini.
Instagram buat masa ini melakukan ujian ini secara terhad sahaja, dan ingin memahami reaksi pengguna terlebih dahulu berkenaan dengannya.
Nampaknya, dengan lebih banyak kandungan janaan kecerdasan buatan, termasuk akaun-akaun berkaitan dengannya hadir ke Instagram, langkah penjenamaan semula ini akan memperlihatkan platform berkenaan lebih manusiawi berbanding yang lain.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.





