Malaysia Oversight

Ini Bukan Nintendo NES Tetapi PC Mini Untuk Peminat Permainan Retro

By Amanz in January 5, 2026 – Reading time 1 minute
Ini Bukan Nintendo NES Tetapi PC Mini Untuk Peminat Permainan Retro


Ini Bukan Nintendo NES Tetapi PC Mini Untuk Peminat Permainan Retro

January 5, 2026
e-Permainan

Effi Saharudin

Sedar ataupun tidak kita kini di dalam generasi ke-sembilan konsol permainan video. Saya sendiri sudah terjebak dalam kancah konsol sejak 1986 apabila ayah membeli sebuah Nintendo 2600. Selepas hampir 40 tahun, banyak konsol lama yang dimiliki tidak lagi berfungsi. Maka permainan lama tidak lagi boleh dimainkan. Bagi penggemar permainan retro, ACEMAGIC Retro X5 telah diumumkan dengan rekaannya persis sebuah Nintendo NES.

acemagic retro x5 Nintendo NES

Ia adalah sebuah PC mini dengan CPU AMD Ryzen AI 9 HX 370, GOU AMD Radeon 890M (16 CU), NPU AMD XDNA 2 (50 TOPS) dengan RAM SO-DIMM DDR5 serta storan SSD M.2 yang boleh dinaik taraf sendiri oleh pemilik. Terdapat dua port USB-A, satu USB-C dan bicu audio di bahagian depan. Perisian RetroPlay Box memudahkan pelbagai emulator permainan video dijalankan oleh ACEMAGIC Retro X5.

Spesifikasi lain untuk PC mini ini dan harga jualan belum lagi didedahkan. Dengan harga RAM dan storan yang semakin mahal sekarang, tidak mengejutkan pengumuman harga belum dilakukan oleh pengeluar.



Source link