Infinix XBAND Kini Di Malaysia Pada Harga RM169 – Gelang Tangan Pintar
July 16, 2025
•
Aman
Infinix kini telah membawa masuk satu lagi produk baharu untuk pasaran Malaysia, iaitu Infinix XBAND. Ia merupakan sebuah gelang tangan pintar dengan skrin bersaiz 1.57-inci dan bateri bertahan sehingga 12 hari lamanya.

Infinix mengatakan gelang tangan pintar ini dioptimasikan dengan sejumlah ciri-ciri pemantauan kecergasan, termasuk untuk pemantauan kadar denyutan nadi, oksigen dalam darah SpO2, corak tidur, tahap stres, dan lebih 100 mod latihan kecergasan untuk dipantau.
Infini telah mula menjual gelang tangan pintar Infinix Xband ini pada harga RM169, dan boleh didapati melalui kedai rasmi Infinix, dan juga melalui Shopee dan Lazada.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.