Malaysia Oversight

Infinix Perkenalkan XOS 16 Dengan Ciri AI Lebih Pintar

By Amanz in February 6, 2026 – Reading time 2 minute
Infinix Perkenalkan XOS 16 Dengan Ciri AI Lebih Pintar


Infinix Perkenalkan XOS 16 Dengan Ciri AI Lebih Pintar

February 6, 2026
Infinix

Amy Maizuraa

Infinix memperkenalkan antarmuka XOS 16 yang dibina berasaskan Android 16. Versi ini menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih lancar dan pintar untuk kegunaan harian. Dari segi reka bentuk, XOS 16 hadir dengan antaramuka baharu yang diinspirasikan oleh cahaya manakala ikon sistem pula direka semula supaya kelihatan lebih kemas.

XOS 16 03

Selain itu, XOS 16 hadir dengan pelbagai ciri berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang memudahkan pengguna menghasilkan kertas dinding, tema dan kesan paparan secara automatik. Melalui fungsi seperti AI Theme Generator dan AI Studio, gambar boleh ditukar kepada gaya anime, doodle atau potret 3D sekali gus menjadikan pengalaman penggunaan lebih menyeronokkan.

XOS 16 04

Sistem ini turut menyediakan butang AI khusus yang membolehkan pengguna mengakses lebih daripada tiga puluh aplikasi dengan cepat. Pada masa yang sama, fungsi Flash Memo dan Ask Folax memudahkan rakaman kandungan skrin serta menghasilkan ringkasan secara automatik.

Selain itu, terdapat AI Writing yang membantu menyunting teks dengan lebih mudah, AI Note yang menukar lakaran kepada nota dan AI Call Assistant yang menawarkan terjemahan masa nyata serta ringkasan panggilan untuk memudahkan pengguna.

XOS 16 06
XOS 16 05

Untuk peminat permainan, XOS 16 menyediakan mod XBoost yang membolehkan pengguna memilih sama ada prestasi tinggi, seimbang atau penjimatan kuasa. Pada masa sama, ia menawarkan teknologi yang menambah bingkai tambahan supaya paparan kelihatan lebih lancar, menyediakan fungsi Bypass Charging bagi mengurangkan haba serta mod anti-gangguan yang membantu menyekat panggilan dan notifikasi supaya permainan tidak terganggu.

XOS 16 08

Pengurusan bateri dalam XOS 16 dipertingkatkan melalui fungsi Battery Self-Repair yang membantu memanjangkan jangka hayat. Ia turut memperkenalkan Touch Transfer untuk yang membolehkan pengguna berkongsi foto termasuk Live Photos melalui NFC tanpa memerlukan rangkaian. Selain itu, XOS 16 menambahbaik ketepatan sentuhan ketika skrin basah atau tangan berpeluh manakala Motion Sickness Relief Mode pula memberikan keselesaan semasa perjalanan.

XOS 16 089

XOS 16 akan hadir secara pra-pemasangan pada telefon Infinix keluaran baharu manakala peranti sedia ada akan menerima kemas kini ini secara berperingkat. Senarai model yang layak akan diumumkan kemudian.

XOS 16



Source link