Malaysia Oversight

IDC : Jualan Komputer Mungkin Merosot 9 Peratus Kerana Harga Memori Mahal

By Amanz in December 30, 2025 – Reading time 2 minute
IDC : Jualan Komputer Mungkin Merosot 9 Peratus Kerana Harga Memori Mahal


IDC : Jualan Komputer Mungkin Merosot 9 Peratus Kerana Harga Memori Mahal

December 30, 2025
Peranti

Nazrin

IDC baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat kebarangkalian besar bahawa jualan komputer untuk pasaran pengguna akan merosot dari lima peratus sehingga sembilan peratus pada tahun 2026 kerana harga komponen memori yang semakin mahal.

Seperti yang sedia maklum, banyak, jika tidak semua syarikat-syarikat pembuat komputer akan menaikkan harga penawaran komputer mereka pada tahun hadapan untuk menyerap harga kos komponen yang juga dilihat semakin meningkat.

Menurut IDC dan beberapa laporan lain, sebab utama perkara ini dijangka berlaku ialah kerana pengeluar-pengeluar memori terbesar di dunia seperti Samsung, SK Hynix dan Micron semuanya akan memfokuskan kepada pengeluaran memori HBM untuk satu ke dua tahun akan datang, kerana permintaan untuknya yang sangat tinggi oleh syarikat-syarikat pembangun teknologi AI.

Komputer Riba Baharu Asus Strix Scar Dan Stirx G 3

Penghasilan memori HBM pada kadar yang tinggi menyebabkan syarikat-syarikat mengurangkan pengeluaran memori DDR bukan sahaja kerana untuk memaksimakan keuntungan, tetapi juga adalah kerana kepingan memori HBM adalah lebih besar daripada DDR, dan syarikat-syarikat pengeluar memori tidak mahu menambah kapasiti pengeluaran komponen tersebut.

Syarikat-syarikat seperti Lenovo sebelum ini yang dilaporkan sudahpun membeli bekalan memori tambahan dijangka masih akan menaikkan harga penawaran produk mereka menjelang pertengahan tahun hadapan sekiranya harga memori tidak pulih. Syarikat-syarikat seperti Acer dan Dell juga dijangka akan menaikkan harga komputer-komputer mereka sekitar suku pertama 2026.

Keputusan Microsoft untuk menghentikan sokongan sistem operasi Windows 10 dan memaksa pengguna menggunakan Windows 11 yang kini mewajibkan penggunaan 16GB memori pada komputer untuk menyokong teknologi AI CoPilot juga mengeruhkan keadaan untuk ramai pengguna yang dipaksa untuk membeli komputer baru untuk kekal menggunakan sistem operasi Windows.

IDC



Source link