Malaysia Oversight

Huawei Nova 14 Pro Dan Nova 14 Dilancarkan Dengan Rekaan Baharu

By Amanz in May 20, 2025 – Reading time 2 minute
Huawei Nova 14 Pro Dan Nova 14 Dilancarkan Dengan Rekaan Baharu


Huawei telah melancarkan Nova 14 dan Nova 14 Pro di dengan reka bentuk baharu dan spesifikasi yang menarik. Kedua-dua Huawei Nova 14 ini turut memberi fokus terhadap prestasi kamera yang canggih, dan pengalaman penggunaan lebih lancar.

HUAWEI nova 14 series C edited

Huawei Nova 14 Pro hadir dengan tubuh nipis 7.68mm yang mempunyai tekstur kristal bagi memberikan sentuhan elegan. Paparan LTPO OLED Quad Micro Curved bersaiz 6.78” FHD+, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1200nits.

Peranti menggunakan sistem kamera 50MP RYYB Variable Aperture Stabilization Lens (F1.4-F4.0) dengan OIS, 12MP RYYB telefoto potret (F2.4) dan 8MP Ultra lebar/makro (F2.2). Kamera hadapan pula sebesar 50MP + 8MP dengan kemampuan zum untuk portrait.

HUAWEI nova 14 series B edited.png

Terdapat juga AI Davichi Portrait Engine yang memebolehkan potret berkualiti tinggi dengan teknologi AI Magic Image Shift, serta Retouching pintar. Walaupun spesifikasi cip tidak didedahkan, ia hadir dengan pilihan memori 12GB RAM dan storan sehingga 1TB. Nova 14 Pro juga dilengkapi bateri 5500 mAh dengan pengecasan 100W HUAWEI Wired SuperCharge.

HUAWEI nova 14 series E edited

Sementara itu, Huawei Nova 14 menggunakan skrin 6.7-inci OLED FHS+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga nipis dengan ketebalan 7.18mm dan berat hanya 192 gram. Selain itu, ia mempunyai sistem kamera 50MP RYYB Variable Aperture Stabilization Lens (F1.4-F4.0) dengan OIS, 12-MP RYYB telefoto potret (F2.4) dan 8MP Ultra lebar/makro (F2.2). Kamera hadapan pula sebesar 50MP (F2.4).

Spesifikasi cip turut tidak didedahkan tetapi ia hadir dengan pilihan memori 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Nova 14 juga dilengkapi bateri 5500mAh dengan pengecasan 100W Huawei Wired SuperCharge.

HUAWEI nova 14 series D edited

Kedua-dua Nova 14 dikuasai oleh HarmonyOS 5 dengan pelbagai ciri berasakan AI untuk suntingan video. Ia juga menyokong mesej satelit beidou yang membolehkan komunikasi tanpa rangkaian darat. Di samping itu, ia turut menawarkan WiFi7+ untuk sambungan yang pantas. Ciri AI tambahan lain termasuk Xiaoyi Intelligent Agent untuk penguruan tugas, kekunci kawalan pintar AI untuk akses segera, pengurangan hingar AI untuk panggilan lebih jelas, dan sebagainya.



Source link