Huawei Mengacah Pengenalan Huawei MatePad 12 X (2026) Menggunakan HarmonyOS
Aman
Huawei kini mengacah kehadiran tablet terbaru mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu Huawei MatePad 12X (2026). Tablet ini juga akan hadir dipadankan bersama Huawei M-Pencil Pro.
Huawei memposisikan tablet 12-inci ini sebagai mesin produktiviti anda, membolehkan anda melakukan pelbagai tugasan dengan selesa menggunakannya. Tablet ini dikuasakan HarmonyOS, dan turut dikatakan sesuai selari dengan arena penghasilan kandungan pantas pada masa kini.

Memfokuskan kepada produktiviti, Huawei turut akan menawarkan beberapa aplikasi khusus, termasuk menyertakan WPS Office 3.0 untuk pengguna menguruskan pelbagai dokumen menggunakannya.
Huawei masih belum berkongsi spesifikasi penuh untuk pasaran tempatan, dan harga jualannya lagi. Buat masa ini, Huawei sekadar berkongsi mengatakan pembeli terawal Huawei MatePad 12 X (2026) ini akan menerima hadiah percuma seperti Huawei M-Pencil Pro, tetikus Bluetooth, dan juga perisian WPS Office 3.0 penuh. Papan kekunci fizikal pula hadir bersama dalam kotak ketika pembelian. Sama-sama kita nantikan lanjut pengenalan tablet ini oleh Huawei.






