Malaysia Oversight

Huawei MatePad Edge Dilancarkan Dengan Skrin 14.2″ dan Cip Kirin X90

By Amanz in November 26, 2025 – Reading time 1 minute
Huawei MatePad Edge Dilancarkan Dengan Skrin 14.2″ dan Cip Kirin X90


Huawei MatePad Edge Dilancarkan Dengan Skrin 14.2″ dan Cip Kirin X90

November 26, 2025
Huawei

Effi Saharudin

Huawei tidak lagi menawarkan komputer riba dan bagi mengisi kekosongan ini, mereka melancarkan beberapa tablet kelas mercu yang boleh digunakan seperti sebuah komputer riba. Semalam Huawei MatePad Edge dilancarkan dengan ia dilengkapi skrin gergasi 14.2″ OLED, 120Hz yang seingat kami tidak pernah ditawarkan pada tablet.

Huawei MatePad Edge A

Skrin ini dipadankan dengan pilihan Kirin X90 atau Kirin X90A, memori sehingga 32GB RAM, storan sehingga 2TB dan bateri 12,900 mAh yang menyokong pengecasan pantas 140W. Kamera di belakang terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dan lensa ultra lebar 8MP dengan kamera swafoto pula sebesar 32MP. Menurut Huawei, cip Kirin X90 memberikan prestasi setanding dengan M5.

Huawei MatePad Edge B

Tablet dilengkapi dengan papan kekunci fizikal yang boleh dilaraskan sudut pandangan lengkap dengan trackpad. Walaupun bersaiz besar, tablet ini hanya setebal 6.85 mm dan seberat 789 grams. Speaker yang disertakan pula hadir dengan enam pembesar suara.

Huawei MatePad Edge C

Sistem operasi yang digunakan ialah HarmonyOS 5. Akhir sekali skrin MatePad Edge turut boleh digunakan bersama stylus Huawei M-Pencil Pro. Di Huawei MatePad Edge dijual pada harga bermula RMB 5,999 (~RM 3498) untuk versi 16/256GB dan meningkat ke RMB 12,999 (~RM 7579)untuk versi 32/2000 GB.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link