Malaysia Oversight

Huawei Mate X7 Dilancarkan Dengan Skrin 8″ 120Hz Dan Kamera 50MP

By Amanz in November 25, 2025 – Reading time 1 minute
Huawei Mate X7 Dilancarkan Dengan Skrin 8″ 120Hz Dan Kamera 50MP


Huawei Mate X7 Dilancarkan Dengan Skrin 8″ 120Hz Dan Kamera 50MP

November 25, 2025
Huawei
Lain-lain

Amy Maizuraa

Generasi baharu peranti boleh lipat Huawei Mate X7 telah dilancarkan di sebentar tadi. Peranti ini menawarkan pengalaman skrin besar yang lebih baik di samping lebih banyak ciri berasaskan AI yang memudahkan penggunaan harian.

HUAWEI Mate X7 01

Peranti hadir dengan paparan utama  Flexible LTPO OLED bersaiz 8 inci FHD+ (2416 × 2210 piksel) yang dipadankan dengan skrin sekunder 6.49 inci FHD+ (2444 × 1080 piksel). Kedua-dua paparan menyokong kadar segar semula 120Hz, menampilkan 1.07 bilion warna, serta kecerahan puncak 3000nits.

HUAWEI Mate X7 6

Perkakasan dalaman Huawei Mate X7 dikuasai oleh cip Kirin 9030 Pro dengan pilihan memori sehingga 16GB RAM serta storan 512GB. Peranti juga menjalankan HarmonyOS 6.0 yang menawarkan pengalaman berasaskan AI bagi memudahkan penggunaan harian. Selain itu, ia dilengkapi bateri berkapasiti 5600mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W dan juga kalis air IP58/59.

HUAWEI Mate X7 8

Huawei Mate X7 turut dilengkapi sistem kamera utama 50MP dengan aperture berubah-ubah F1.49–F4.0, sensor RYYB serta sokongan OIS. Ia diikuti oleh kamera ultra-lebar 40MP (apertur F2.2, RYYB), telefoto makro 50MP dan sensor warna generasi kedua. Selain itu, kamera swafoto 8MP turut disediakan pada kedua-dua belah skrin peranti.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link