Huawei Dilaporkan Mula Menguji Cip Ascend 910D Sebagai Pesaing NVIDIA H100
April 28, 2025
•
Effi Saharudin
Dengan Amerika Syarikat menyekat jualan cip NVIDIA H20 ke China dua minggu lalu, syarikat di China kini mencari alternatif bagi meneruskan latihan moden kecerdasan mereka. Terkini menurut laporan Wall Street Journal, Huawei telah memulakan ujian ke atas cip Ascend 910D di beberapa syarikat tempatan.

Cip Ascend 910D dipercayai mempunyai kuasa pemprosesan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA H100 yang jualannya ke China diharamkan sejak 2022. Ia adalah satu lagi iterasi terhadap cip Ascend 910 yang ditawarkan sejak beberapa tahun yang lalu. Sebelum ini Ascend 910C dilaporkan hanya mempunyai 60% kuasa pemprosesan H100.
Sekiranya semua berjalan lancar, Ascend 910D akan mula diterima pelanggan bermula bulan depan. Sejak dua minggu kebelakangan ini, Huawei melancarkan cip AI baharu Ascend 920 dan sistem pelayar AI CloudMatrix 384NVIDIA GB200 NVL72.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.