Huawei Akan Menawarkan Bahasa Pengaturcaraan Mereka Dalam Sumber Terbuka – Cangjie
July 3, 2025
•
Aman
Huawei sedia membangunkan bahasa pengaturcaraan mereka tersendiri, dinamakan Cangjie. Kini, dalam langkah memperluaskan lagi capaian dan penggunaannya, kini Huawei mengumumkan akan menawarkan ia dalam bentuk sumber terbuka menjelang 30 Julai 2025 kelak.

Dengan menawarkannya dalam sumber terbuka, para pembangun seluruh dunia boleh mengakses kepada kod sumbernya, selain membangunkan ia bersama, dan memperluaskan lagi penggunaannya.
Cangjie dikatakan mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan secara terbina disamping sekuriti yang baik, membuatkan ia boleh digunakan untuk pembangunan pelbagai aplikasi rentas peranti. Ia juga boleh digunakan untuk pembangunan aplikasi pada HarmonyOS.
Langkah ini juga dilihat sebagai salah satu usaha syarikat-syarikat di China yang ingin bergerak bebas daripada cengkaman Amerika Syarikat, dan membangunkan penawaran teknologi mereka tersendiri.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.