Honor X70 Kini Rasmi Dengan Bateri 8300mAh Dan Reka Bentuk Tahan Lasak
July 16, 2025
•
Amy Maizuraa
Honor X70 telah diperkenalkan secara rasmi di China dengan fokus utama terhadap rekaan yang tahan lasak serta bateri berkapasiti besar. Walaupun hanya setebal 7.76mm dan seberat 199 gram, peranti ini menempatkan bateri 8300mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W dan nirwayar 80W. Lebih menarik lagi, ia melepasi piawaian ketahanan IP66, IP68 dan IP69K boleh bertahan di dalam air, serta tahan semburan air bertekanan tinggi.

Honor X70 menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.79 inci dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz. Paparan ini turut menyokong gamut warna DCI-P3 100%, teknologi PWM Dimming 3840Hz, serta kecerahan maksimum sehingga 6000 nits. Dari segi prestasi, peranti ini dijana cip Snapdragon 6 Gen 4 yang dipadankan dengan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Sistem kamera pula menyertakan sensor utama 50MP (OIS, f/1.88) dan ultra lebar 8MP (f/2.0) manakala bahagian hadapan mempunyai kamera swafoto 8MP. Ciri- ciri tambahan lain termasuklah sensor infra merah, pengimbas cap jari dalam skrin, pembesar suara stereo, NFC, WiFi 6 dan Bluetooth 5.3. Harga jualan peranti bermula RMB1399 (~RM828) di China.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.