Malaysia Oversight

Honor Magic8 RSR Porsche Design Dilancarkan Dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan Kit Kamera

By Amanz in January 20, 2026 – Reading time 1 minute
Honor Magic8 RSR Porsche Design Dilancarkan Dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan Kit Kamera


Honor Magic8 RSR Porsche Design Dilancarkan Dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan Kit Kamera

January 20, 2026
Honor

Effi Saharudin

Sebuah lagi peranti siri Magic dilancarkan dengan Honor Magic8 RSR Porsche Design ialah peranti mercu yang memberikan penekanan kepada sistem kamera prestasi tinggi dan juga rekaan lebih premium berbanding model lain Magic8. Selain spesifikasi lebih premium, ia juga hadir dengan kit kamera telefoto yang popular dalam kalangan pengeluar dari sejak kebelakangan ini.

Honor Magic8 RSR Porsche Design B

Peranti dilengkapi skrin 6.71″ AMOLED LTPO 120Hz dengan sokongan Dolby Vision. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, memori sehingga 24GB LPDDR5x, storan sehingga 1TB UFS 4.0 dan bateri 7200mAh dengan pengecasan 120W.

Honor Magic8 RSR Porsche Design A

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dengan OIS, ultra lebar 50MP, dan telefoto 200MP dengan OS. Di hadapan pula kamera swafoto 50MP dipadankan dengan sistem imbasan wajah 3D. Magic8 RSR Porsche Design ialah telefon pintar pertama menerima piawaian CIPA 6.5 untuk penstabilan imej. Kit telefoto khas memberikan zum l200mm juga ditawarkan dengan kerjasama Nox.

Tubuh, susunan kamera dan bonggol mengambil inspirasi daripada kereta Porcshe. Panel belakang diperbuat daripada bahan nano‑ceramic dengan kekerasan Mohs 8.5. Ini menjadikannya bukan sahaja premium tetapi tahan lasak bagi mengelakkan calar pada waktu yang sama melepasi piawaian IP68/IP69/IP69K.

Honor Magic8 RSR Porsche Design C

Di Honor Magic8 RSR Porsche Design dijual pada harga di bawah dalam warna Moonstone dan Slate Gray.

  • 16GB/512GB – RMB 7,999 (~RM 4,652)
  • 24GB/1000GB – RMB 8,999 (~RM 5,233)



Source link