Malaysia Oversight

Honor 500 dan 500 Pro Dilancarkan Dengan Bateri 8000 mAh

By Amanz in November 25, 2025 – Reading time 2 minute
Honor 500 dan 500 Pro Dilancarkan Dengan Bateri 8000 mAh


Honor 500 dan 500 Pro Dilancarkan Dengan Bateri 8000 mAh

November 25, 2025
Honor

Effi Saharudin

Honor 500 dan Honor 500 Pro secara rasminya dilancarkan di semalam dengan ia adalah peranti kelas pertengahan yang dilengkapi bateri sebesar 8000 mAh. Seperti dalam beberapa imej yang telah dikongsi sebelum ini, kedua-dua model kelihatan seperti Air tetapi dengan sistem kamera yang lebih baik.

Kita mulakan dengan peranti lebih premium Honor 500 Pro yang dilengkapi skrin 6.55″ LTPO OLED dengan kadar segar semula 120Hz dan keterangan puncak 6000 nit. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Elite, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 1TB dan bateri 8000 mAh SiC yang menyokong pengecasan pantas 80W berwayar serta 50W nirwayar.

HONOR 500 Pro B 1

Trikamera di belakang terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP, ultra lebar 12MP dan telefoto 50MP dengan zum optikal 3X. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 50MP. Sistem operasi yang digunakan ialah MagicOS 10 berasaskan Android 16.

Honor 500 pula yang dilengkapi skrin 6.55″ LTPO OLED dengan kadar segar semula 120Hz dan keterangan puncak 6000 nit. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 8s Gen 4, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri 8000 mAh SiC yang menyokong pengecasan pantas 80W tanpa pengecasan nirwayar.

HONOR 500 A

Dwikamera di belakang terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP dan ultra lebar 12MP sahaja. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 50MP. Sistem operasi yang digunakan ialah MagicOS 10 berasaskan Android 16.

Kedua-dua peranti setebal 7.4mm dengan kerangka aluminium, panel belakang diperbuat daripada kaca dan melepasi piawaian kali air serta debu IP68/69K. Peranti ditawarkan pada harga di bawah dalam warna Moonlight Silver, Aquamarine, Starlight Powder, dan Obsidian Black.

  • Honor 500 Pro (12/256GB) – RMB 3599 (~RM 2093)
  • Honor 500 Pro (12/512GB) – RMB 3899 (~RM 2267)
  • Honor 500 Pro (16/512GB) – RMB 4199 (~RM 2442)
  • Honor 500 Pro (16/1000GB) – RMB 4799(~RM 2790)
  • Honor 500 (12/256GB) – RMB 2699 (~RM 1569)
  • Honor 500 (12/512GB) – RMB 2999 (~RM 1744)
  • Honor 500 (16/512GB) – RMB 3299 (~RM 1918)

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link