Honma × Huawei Watch GT 6 Pro Berharga RM1,299 Di Malaysia – Edisi Terhad Dengan Bola Golf Rekaan Khas
Amy Maizuraa
Huawei melancarkan edisi terhad Honma × Huawei Watch GT 6 Pro hasil kerjasama dengan jenama golf klasik Jepun HONMA. Jam tangan ini hadir dengan padanan warna hitam dan emas. Paparan daun Pine merupakan salah satu muka jam eksklusif yang ditawarkan. Selain itu, ia turut didatangkan bersama ‘Premium Collection Gift Box’ yang mengandungi penanda bola golf dan bola golf dengan rekaan khas.


Spesifikasi Honma × Huawei Watch GT 6 Pro masih mengekalkan ciri utama seperti sebelum ini. Jam tangan ini berukuran 45.6 × 45.6 × 11.25 mm dan sesuai untuk pergelangan tangan bersaiz 140 hingga 210 mm. Ia hadir dengan paparan AMOLED berwarna 1.47 inci beresolusi 466 × 466 piksel pada 317 PPI. Kerangkanya diperbuat daripada aloi titanium dengan pilihan tali fluoroelastomer hitam, tenunan komposit coklat atau titanium.


Dari segi ketahanan, jam ini mempunyai piawaian 5 ATM, IP69 dan EN13319 untuk menyelam sehingga 40 meter. Bateri pula mampu bertahan sehingga 21 hari dengan penggunaan ringan, 12 hari dengan penggunaan biasa, 7 hari apabila fungsi AOD diaktifkan dan sehingga 40 jam dalam mod sukan. Ia turut dilengkapi dengan pembesar suara dan mikrofon untuk kegunaan harian yang lebih praktikal.



Honma × Huawei Watch GT 6 Pro ditawarkan dalam warna hitam obsidian pada harga RM1,299 di Malaysia, dengan hadiah percuma bernilai RM89.






