Honda Berjaya Melancarkan Dan Mendaratkan Kembali Roket Boleh Guna Semula
June 19, 2025
•
Aman
Sebelum ini, kita sedia melihat beberapa pihak melancarkan dan mendaratkan kembali roket yang dilancarkan tersebut – sekaligus membawa kepada penjimatan besar dalam arena aeroangkasa, terutamanya melibatkan pelancaran. Tidak setakat syarikat roket terkemuka seperti SpaceX, kini Honda melalui subsidiari memfokuskan penyelidikkan turut berjaya melancarkan dan mendaratkan kembali roket mereka tersendiri.

Menurut Honda, roket berkenaan dilancarkan sehingga ketinggian mencapai 300 meter, sebelum ia kembali mendarat dengan berjaya. Ini juga merupakan ujian pertama yang dilakukan oleh Honda, dan ia berakhir dengan berjaya.
Honda mengatakan buat masa ini ia masih pada peringkat kajian dan penyelidikkan, serta belum mempunyai perancangan komersil buat penggunaan roket ini buat masa ini. Namun, kejayaan ini memperlihatkan kelebihan Honda dalam teknologi dan penawaran mereka, yang sedia digunakan dalam penghasilan beberapa produk serta sistem swapandu mereka.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.