Malaysia Oversight

Hogwarts Legacy Kini Percuma Di Epic Games Store

By Amanz in December 12, 2025 – Reading time 1 minute
Hogwarts Legacy Kini Percuma Di Epic Games Store


Hogwarts Legacy Kini Percuma Di Epic Games Store

December 12, 2025
e-Permainan

Effi Saharudin

Sempena perayaan Hari Krismas yang bakal mendatang, Epic Games Store menawarkan permainan Hogwarts Legacy secara percuma di Epic Games Store mulai hari ini hingga 18 Disember 2025. Sebelum ini permainan dijual pada harga RM249 sebuah.

Hogwarts Legacy

Hogwarts Legacy ialah permainan dalam dunia Wizarding World dengan pemain mengawal watak pada tahun 1890 yang adalah seratus tahun sebelum zaman siri buku Harry Potter. Permainan ini diterbitkan pada tahun 2023 dengan ia menerima kritikan positif daripada pengkritik dan sambutan positif daripada pemain.

Untuk menebus Hogwarts Legacy secara percuma, pengguna hanya perlu pergi ke pautan ini di laman web Epic Games Store, log masuk akaun dan kemudian tebus permainan. Beberapa lagi permainan percuma akan ditawarkan setiap minggu sehingga penghujung 2025.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link