Hisense Perkenalkan Projektor Laser Baharu Dengan Paparan Hingga 300 Inci Di CES 2026
Amy Maizuraa
Hisense kembali ke CES 2026 dengan dua produk baharu iaitu XR10 dan PX4-PRO yang menggunakan teknologi laser berskala antara 65 hingga 300 inci untuk memenuhi keperluan pelbagai ruang.
XR10 ialah projektor laser generasi baharu yang direka untuk memberikan pengalaman menonton lebih jelas dan terang. Ia dilengkapi dengan enjin LPU 3.0 Digital Laser serta sumber cahaya RGB tulen yang mampu mencapai kecerahan sehingga 6,000 ANSI lumens.

Selain itu, sistem IRIS membolehkan pelarasan automatik mengikut keadaan cahaya, sekali gus menghasilkan kontras tinggi sehingga 6000:1. Seterusnya, reka bentuk padatnya turut disokong oleh sistem penyejukan cecair mikro yang tertutup sepenuhnya bagi memastikan prestasi kekal stabil sepanjang penggunaan.
Sementara itu, PX4-PRO direka untuk pengalaman seakan pawagam di rumah tanpa memerlukan ruang khusus. Ia mampu memaparkan skrin sehingga 200 inci dengan kecerahan 3,500 ANSI lumens, resolusi 4K serta pensijilan IMAX Enhanced. Dengan gabungan ini, PX4-PRO mampu memberikan paparan imersif dengan warna yang terang serta prestasi rendah kependaman.
Hal ini sekali gus menjadikannya sesuai untuk pelbagai bentuk hiburan harian sama ada menonton filem ataupun bermain permua. Hisense akan mempamerkan kesemua inovasi ini di CES 2026.






