Malaysia Oversight

Harga Skuter Elektrik BMW CE 04 Meningkat Menghampiri RM 100K Berikutan Penamatan Insentif Untuk EV Yang Diimport

By Amanz in January 16, 2026 – Reading time 2 minute
Harga Skuter Elektrik BMW CE 04 Meningkat Menghampiri RM 100K Berikutan Penamatan Insentif Untuk EV Yang Diimport


Harga Skuter Elektrik BMW CE 04 Meningkat Menghampiri RM 100K Berikutan Penamatan Insentif Untuk EV Yang Diimport

January 16, 2026
Automotif

Ikhwan Nazri

Tamatnya insentif EV untuk kenderaan elektrik yang diimport sepenuhnya (CBU) yang berakhir pada 2025 telah mengakibatkan pelbagai kenderaan elektrik dijual pada harga lebih tinggi. Sesetengah pengeluar mempunyai strategi untuk menghasilkan EV yang dipasang di Malaysia bagi menawarkan EV pada harga yang lebih berpatutan. Lain jadinya dengan BMW Motorrad Malaysia apabila mereka mengemaskini harga motorsikal elektrik mereka iaitu BMW CE 04 dan BMW CE 02.

bmw ce 04 02 malaysia

Untuk kemaskini harga selepas tamatnya insentif EV untuk kenderaan elektrik yang diimport, skuter elektrik BMW CE 04 yang dijual pada harga RM 59,500 pada tahun 2023 kini dijual pada harga RM 97,000, manakala kapcai elektrik BMW CE 02 yang pada asalnya dijual pada harga RM 38,500 pada tahun 2024 kini dijual pada harga RM 52,000. Kenaikan harga ini menghampiri sekali ganda dari harga asal.

BMW CE 04 Malaysia Price 2026
BMW CE 02 Malaysia Price 2026

BMW CE 04 telah diperkenalkan pada tahun 2023 dan dijual pada harga RM 59,500. Ia merupakan skuter elektrik dengan kuasa setinggi 31 kW (42 hp), boleh dikatakan hampir menyamai kuasa enjin 400cc, Skuter elektrik ini boleh memecut 0-50 km/j dalam masa 2.6 saat dan boleh mencapai kelajuan maksimum 120km/j. Dengan bateri sebesar 8.9kW ia memberikan jarak perjalanan sehingga 130 KM WMTC dan lengkap dengan pelbagai aksesori canggih seperti paparan bersaiz 10.25-inci, dan juga fungsi keselamatan seperti ABS, pemanduan Dynamic dan bermacam lagi. 

ulasan bmw ce 04 malaysia amanz BMW CE 04 Edited 31
BMW CE 02 malaysia ulasan screenshot 16336

BMW CE 02 pula mula dijual pada tahun 2024 pada harga RM 38,500 dan ia juga merupakan satu-satunya motor BMW yang boleh ditunggang pemilik lesen B2. Berada didalam kelas ‘kapcai’ atau apa yang dipanggil BMW sebagai e-Parkourer, BMW CE 02 ini mempunyai jarak perjalanan mencapai 90 KM WMTC, kuasa maksimum 11 kW (15hp) dengan kelajuan maksimum 95 km/j. 

Di acara BMW semalam yang telah memperkenalkan BMW i5 yang dipasang di Malaysia, mereka turut berkongsi yang mana sehingga kini lebih dari 120 unit BMW CE 04 telah terjual, manakala BMW CE 02 pula telah terjual lebih dari 170 unit untuk tahun 2025 sahaja. Meskipun insentif EV untuk kenderaan elektrik yang diimport tamat, pelbagai jenama lain akan memasang EV di Malaysia bagi menawarkan pada harga yang lebih berpatutan, malah beberapa jenama lain telah menyatakan komitmen untuk mengekalkan harga sedia ada, antaranya Tesla yang menyatakan harga Model 3 dan Model Y akan tetap sama. 



Source link