Malaysia Oversight

Harga MacBook Neo Paling Mahal Lebih Murah Daripada iPhone 17e

By Amanz in March 5, 2026 – Reading time 1 minute
Apple Perkenal MacBook Neo – 13-inci, Cip Apple A18, 4 Pilihan Warna, Bermula RM2,499


Harga MacBook Neo Paling Mahal Lebih Murah Daripada 17e

March 5, 2026

Effi Saharudin

Kita sudah tiba ke era sebuah MacBook dijual pada harga lebih murah berbanding sebuah tahun ini. Semalam MacBook Neo dilancarkan pada harga bermula RM2499 sebuah dan 17e pula dijual pada harga bermula RM2999 sebuah. Ini adalah sesuatu yang jika diramalkan hanya dua tahun lalu akan membuatkan anda ditertawakan.

MacBook Neo

Model MacBook Neo dengan storan paling besar dan sokongan Touch ID tambahan masih RM100 lebih murah berbanding model paling asal iPhone 17e. Bagi mereka yang mencari nilai, MacBook Neo memberikan anda lebih banyak pada harga yang sedikit.

MacBook Neo iPhone 17e
Skrin 13-inci Liquid Retina LCD (2408 x 1506), 60Hz 6.1-inci Super Retina XDR OLED (2532 x 1170), 60Hz
Pemproses A18 Pro (CPU 6-teras, GPU 5-teras) A19 (CPU 6-teras, GPU 4-teras)
RAM 8GB RAM 8GB RAM
Storan 256GB / 512GB SSD 256GB / 512GB SSD
Kamera Depan 1080p FaceTime HD (Webcam) 12MP
Kamera Utama Tiada 48MP
Bateri sehingga 16 jam sehingga 26 jam
Sistem Keselamatan Touch ID (Hanya model 512GB) Face ID
Telekomunikasi Wi-Fi 6E Bluetooth 6 5G Wi-Fi 6E Bluetooth 5.3
Sistem Operasi MacOS 26 iOS 26
Berat 1.23 kg 170g
Harga RM 2499 (8/256GB)
RM 2899 (8/512GB)
RM 2999 (8/256GB)
RM 3999 (8/512GB)

MacBook Neo pada hemat kami diletakkan di dalam kategori mereka yang mencari komputer MacOS paling mampu milik sekiranya merasakan iPad tidak lagi mencukupi untuk digunakan sebagai pengganti laptop. Dalam dunia di mana harga komputer riba paling asas sekalipun akan mencanak naik dalam masa terdekat, MacBook Neo ialah produk yang di atas kertas tidak masuk akal tetapi tetap dilancarkan Apple.



Source link