Malaysia Oversight

Hanya Xiaomi 17 dan 17 Ultra Akan Ke Pasaran Global

By Amanz in February 6, 2026 – Reading time 1 minute
Hanya Xiaomi 17 dan 17 Ultra Akan Ke Pasaran Global


Hanya Xiaomi 17 dan 17 Ultra Akan Ke Pasaran Global

February 6, 2026
Xiaomi

Effi Saharudin

Xiaomi 17 Pro dan 17 Pro Max adalah dunia peranti yang mendapat perhatian global tahun lalu kerana rekaannya yang menarik lengkap dengan skrin sekunder di belakang. Ramai mendambakan peranti dengan cip mercu serta kamera Leica ini. Tetapi menurut maklumat yang dikongsi oleh nieuwemobiel, hanya Xiaomi 17 dan Xiaomi 17 Ultra akan dilancarkan ke pasaran global.

Xiaomi 17 Ultra A

Kedua-duanya dijadualkan dilancarkan ketika acara MWC Barcelona yang berlangsung awal antara 2-5 Mac depan. Tahun lalu Xiaomi 15 dan 15 Ultra dilancarkan ke pasaran global di MWC Barcelona. Ini pastinya mengecewakan kerana model Xiaomi 17 Pro nampak unik berbanding dua peranti yang akan dilancarkan kelak.

Xiaomi 17 A

Sungguhpun begitu kedu-dua peranti masih akan mengekalkan penggunaan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 serta dilengkapi kamera Leica. Yang menjadi persoalan ialah kapasiti bateri kerana lazimnya bateri bersaiz besar hanyalah untuk pasaran . Jawapan kepada soalan ini akan terjawab selepas peranti dilancarkan bulan depan.



Source link