Malaysia Oversight

Hanya iPhone 17 Pro Dilengkapi USB 3 Dengan iPhone 17 dan Air Masih USB 2

By Amanz in September 10, 2025 – Reading time 1 minute
Hanya iPhone 17 Pro Dilengkapi USB 3 Dengan iPhone 17 dan Air Masih USB 2


Hanya 17 Pro Dilengkapi USB 3 Dengan 17 dan Air Masih USB 2

September 10, 2025

Effi Saharudin

Empat model 17 pagi ini dilancarkan dengan cip A19 dan A19 Pro baharu. Pasti ramai menjangka kerana cip lebih berkuasa, peranti akan berkongsi banyak ciri yang sama. Tetapi apabila melihat spesifikasi penuh iPhone 17 Pro, 17 Pro Max, 17 dan Air hari ini kami menyedari ada satu ciri yang agak mengecewakan.

Apple iphone 17 USB 3

Hanya iPhone 17 Pro dan 17 Pro Max dilengkapi port USB-C dengan kelajuan USB-3. USB-3 menyokong pemindahan data sehingga 10 GB/s membolehkan rakaman video terus ke SSD luaran. iPhone Air dan iPhone 7 masih menggunakan USB-2 yang menyokong pemindahan 480 MB/s yang perlahan. Pada iPhone 17 kami faham ini kerana ia model asas.

Tetapi iPhone Air ialah peranti dengan A19 Pro dan harga jualan bermula RM4999 sebuah. Tiadanya sokongan USB-3 adalah mengecewakan. Bagi mereka yang benar-benar inginkan peranti mercu dengan pemindahan data pantas, pilihan anda hanya siri iPhone 17 Pro sahaja tahun ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link