Malaysia Oversight

Haier Perkenalkan Barisan Mesin Basuh Pintar Baharu Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM2249

By Amanz in November 12, 2025 – Reading time 2 minute
Haier Perkenalkan Barisan Mesin Basuh Pintar Baharu Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM2249


Haier Perkenalkan Barisan Mesin Basuh Pintar Baharu Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM2249

November 12, 2025
Peranti

Amy Maizuraa

Haier memperkenalkan barisan mesin basuh baharu menerusi siri X di pasaran Malaysia. Ia direka untuk memenuhi gaya hidup moden serta menawarkan teknologi pintar bagi memastikan cucian yang lebih berkesan. Pengguna boleh memilih antara tiga model iaitu X5, X7 dan X9 di mana model X9 menawarkan spesifikasi paling premium dalam barisan tersebut.

Pic 2 VTP03029 Haier management with newly unveiled X Series washing machines

Kesemua model dalam siri ini merupakan mesin basuh pintu hadapan yang menampilkan rekaan moden. Perbezaan utama terletak pada panel kawalan di mana model X7 dan X9 menggunakan panel sesentuh sepenuhnya, manakala model X5 dilengkapi dengan tombol berputar sebagai kawalan tambahan.

HW120 BP12357S8 frontal view door open
Haier X5
X9 03 edited
Haier X9

Dari segi teknologi, siri X menggabungkan AI Wash dan Essence Wash bagi menjimatkan masa, air dan tenaga sambil memastikan penjagaan fabrik yang menyeluruh. AI Wash berfungsi secara automatik dengan mengesan jenis fabrik dan kadar penyerapan air seterusnya mencadangkan program cucian yang sesuai. Dalam masa sama, Essence Wash melarutkan bahan pencuci secara sekata dan menyemburkannya terus ke fabrik untuk hasil cucian yang lebih mendalam.

Haier Lancar Barisan Mesin Basuh Pintar Baharu 2
Haier Lancar Barisan Mesin Basuh Pintar Baharu 8
Haier Lancar Barisan Mesin Basuh Pintar Baharu 6

Selepas cucian selesai, teknologi Ultra Fresh Air akan mengeringkan bahagian dalam dan mengurangkan kelembapan bagi mengelakkan bau serta kedutan. Proses ini berlaku secara automatik tanpa memerlukan sebarang tetapan tambahan. Selain itu, siri X turut dilengkapi antara muka Color AI dengan panel LCD berwarna yang menggantikan butang tradisional lantas meningkatkan keselesaan pengguna.

Haier Lancar Barisan Mesin Basuh Pintar Baharu 3
Haier Lancar Barisan Mesin Basuh Pintar Baharu 4
Haier Lancar Barisan Mesin Basuh Pintar Baharu 9

Menurut Haier, pelancaran ini dijangka mendorong pertumbuhan tahunan sehingga 30% dalam segmen mesin basuh menjelang akhir tahun 2025. Mesin basuh Haier X Series kini boleh dipratempah di Malaysia dengan harga permulaan RM2249.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link