Malaysia Oversight

Grok Juga Dipilih Sebagai AI Untuk Kegunaan Tentera Amerika Syarikat

By Amanz in December 23, 2025 – Reading time 1 minute
Gemini Dipilih Sebagai AI Untuk Kegunaan Tentera Amerika Syarikat


Grok Juga Dipilih Sebagai AI Untuk Kegunaan Tentera Amerika Syarikat

December 23, 2025
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

Pentagon semalam mengumumkan sistem kecerdasan buatan (AI) sempadan berasaskan keluarga model Grok akan turut digunakan Jabatan Peperangan Amerika Syarikat (Department of War) atau DoW dalam inisiatif GenAI.mil. Menerusi inisiatif ini, AI akan dimanfaatkan bagi melakukan tugasan yang lebih cekap dan bersedia untuk peperangan selari dengan Pelan Tindakan AI yang diumumkan Rumah Putih.

GenAI.mil A

Awal bulan ini Gemini dipilih sebagai model AI pertama yang akan digunakan dan kini model berasaskan Grok digunakan untuk pengendalian Maklumat Terkawal Tidak Dikelaskan (CUI) yang selamat dalam aliran kerja harian serta akses kepada pandangan global masa nyata daripada platform X, yang menyediakan kakitangan Jabatan Perang dengan maklumat yang penting.

Julai lalu kontrak diberikan kepada Google, OpenAI, Preplexity dan xAI oleh DoW untuk menguji beberapa model yang ditawarkan bagi kegunaan pentadbiran Kesemua syarikat menerima $200 juta untuk menunjukkan kemampuan AI masing-masing bagi keperluan ketenteraan.

Dengan AI kini menjadi trend global, penggunaannya dalam semua faset pentadbiran kini dipercepatkan di beberapa negara. Di Amerika ia dilihat sebagai cara untuk memberikan kelebihan berbanding negara musuh seperti Rusia, Iran dan .



Source link