Malaysia Oversight

Grab Memperkenalkan Partner Apps – Sokongan Perkhidmatan Pihak Ketiga Dalam Aplikasi

By Amanz in October 22, 2025 – Reading time 2 minute
Grab Memperkenalkan Partner Apps – Sokongan Perkhidmatan Pihak Ketiga Dalam Aplikasi


Memperkenalkan Partner Apps – Sokongan Perkhidmatan Pihak Ketiga Dalam Aplikasi

October 22, 2025
Aplikasi

Nazrin

, syarikat pembangun teknologi yang dikenali untuk perkhidmatan seru-pandu dan penghantaran barangan hari ini telah memperkenalkan ciri Partner Apps, iaitu sokongan untuk pembangunan perkhidmatan pihak ketiga yang boleh diakses secara terus dari dalam aplikasi .

Grab sedang mengembangkan bilangan dan jenis perkhidmatan yang tersedia kepada pengguna, sambil memberi peluang kepada perniagaan untuk mencapai 46 juta pengguna transaksi bulanan Grab di rantau Asia Tenggara. Pengguna akan mempunyai lebih banyak perkhidmatan setiap hari untuk dipilih melalui pengalaman aplikasi dan pembayaran yang bersepadu dengan lancar.

Dengan ciri Partner Apps, perkhidmatan-perkhidmatan digital lain boleh menggunakan aplikasi Grab sebagai platfortm untuk memudahkan orang ramai mengakses perkhidmatan mereka dengan cepat tanpa perlu memuat-turun aplikasi-aplikasi tambahan.

Grab Partner Apps Home

Grab mengatakan bahawa Partner Apps sudah diperkenalkan di Malaysia dan Singapura bersama rakan aplikasi berikut:

  • Firsty – Penyedia telekomunikasi yang menawarkan eSIM global dengan data segera di luar negara. Dengan eSIM Firsty, pengembara boleh kekal berhubung tanpa menukar kad SIM, beralih kepada pelan tempatan atau perayauan data. eSIM boleh dibeli melalui Grab untuk digunakan di lebih 180 negara, termasuk pasaran Grab di seluruh Asia Tenggara. Pengguna Firsty baharu yang membeli eSIM melalui Grab akan menerima pulangan tunai 100 peratus sehingga akhir tahun.
  • HelloRide – Penyedia perkongsian basikal yang menawarkan sewa basikal. HelloRide membolehkan mobiliti bandar yang lancar dan mesra alam. Pengguna baharu boleh menikmati kadar istimewa dan diskaun jika mereka menempah melalui Grab sehingga akhir tahun.
  • Jolibox – Platform hiburan yang menawarkan permainan dan drama pendek, yang boleh dinikmati pengguna melalui aplikasi Grab di rumah atau semasa dalam perjalanan. Pengguna yang mengakses kandungan Jolibox melalui Grab akan diberi ganjaran syiling bonus untuk permainan yang lengkap dan drama percuma terpilih setiap minggu sehingga akhir tahun.
  • redBus – Platform tiket bas yang menawarkan perjalanan bas dan feri antara bandar dengan lebih 200 pengendali dalam dan antara Singapura dan Malaysia. Pengguna akan mempunyai lebih banyak cara untuk menempah perjalanan sebagai tambahan kepada perkhidmatan seru-pandu Grab dan akan menerima diskaun 20 peratus apabila membuat tempahan redBus melalui Grab sehingga akhir tahun.
  • Drive lah – Platform perkongsian kereta seteru tersedia di Singapura yang membolehkan pengguna menempah dan membuka kunci kereta berdekatan dengan serta-merta menggunakan telefon mereka.
image 57

Lebih menarik lagi, pengguna Grab tidak perlu mendaftar sebarang akaun baru untuk menggunakan perkhidmatan yang memanfaatkan ciri Partner Apps ini. Grab akan menggunakan akaun sedia ada untuk mendaftarkan anda secara terus untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

Fungsi Partner Apps akan diperkenalkan secara berperingkat bermula hari ini, dan orang ramai, termasuklah pembangun perkhidmatan dan pengguna boleh memanfaatkannya kelak.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link