
Grab Melabur Pada May Mobility Dalam Usaha Menawarkan Roboteksi Seawal 2026 Di Asia Tenggara
Aman
Grab hari ini mengumumkan mereka melabur pada May Mobility, sekaligus menyokong pembangunan teknologi swapandu oleh syarikat berkenaan, dan menyasarkan membawa teknologi roboteksi ke rantau Asia Tenggara seawal 2026. Selain pelaburan pada May Mobility, Grab turut akan menawarkan data pemetaan, dalam membolehkan teknologi swapandu berkenaan mempelajari infrastruktur dan keadaan jalan di Asia Tenggara.
Buat masa ini, negara terawal yang akan menerimanya masih tidak diketahui lagi. May Mobility sekadar mengatakan berhasrat membawa teknologi sistem autonomi mereka ke Asia Tenggara seawal 2026 kelak. Namun, ia masih tertakluk kepada pelbagai kebenaran daripada pihak berkuat-kuasa. May Mobility sedia bekerjasama dengan Uber dan Lyft dalam menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan.
Selain pada May Mobility, sebelum ini Grab turut telah melabur pada penyedia perkhidmatan roboteksi WeRide dalam usaha menawarkan khidmat sama di Asia Tenggara.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






